Perutusan Eidhul Adha

Hari ini, umat Islam di seluruh dunia meraikan Hari Raya Eidul Adha. Jika dihimbau catatan sejarah, hari ini merupakan hari di mana umat Islam mengenang kembali pengorbanan Nabi Ibrahim a.s., isteri Baginda Siti Hajar dan puteranya Nabi Ismail a.s. dalam mentaati perintah dan syariat Allah SWT.

Peristiwa ‘penyembelihan’ Nabi Ismail a.s. kini dimanifestasikan menerusi ibadah korban yang mana antara lain mengajar erti kepatuhan kepada perintah Allah SWT, sabar dengan ujian, membina keyakinan diri juga sebagai contoh ikutan kepada mereka yang berada di sekeliling kita.

Umat Islam sewajarnya mengambil iktibar dari sirah para anbiya’ kerana pada kisah-kisah ini terdapat contoh pedoman buat kita yang mahukan melaksanakan perintah Tuhan Yang Maha Adil, ibarat bintang gemerlapan menunjuki pelayar di lautan luas. Mereka melalui rintangan dan ujian yang dahsyat, namun inshaallah kejayaan akan dikecapi akhirnya.

Justeru, marilah kita semua memanjatkan doa kesejahteraan buat saudara-saudara kita yang kini sedang menunaikan ibadah haji di Mekah. Mudah-mudahan mereka sentiasa berada dalam keadaan selamat dan tidak ditimpa sebarang musibah.

Saya, mewakili seluruh pimpinan dan anggota Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Eidul Adha dan menjalankan ibadah korban kepada semua umat Islam. Semoga ibadah kita diterima oleh Allah SWT dan beroleh ganjaran kebaikan di dunia dan akhirat.

DR. WAN AZIZAH WAN ISMAIL

About wanazizahblog

President of Parti keADILan
This entry was posted in Sosial. Bookmark the permalink.

2 Responses to Perutusan Eidhul Adha

  1. jamilkucing says:

    Assalamulaikum

    kak wan baru tahu kak wna ada blog. sila update selalu supaya saya mempunyai berita berita untuk di sebarkan kepada umum di blog saya.

    jamilkucing

    http://bbcatlover.blogspot.com

  2. banzora says:

    Mungkin inilah hikmahnya kak wan terus kekal sebagai Presiden, aku tertarik dengan ucapan dasar yang kak wan kemukakan, hujah yang agak mantap. Sambil berhujah sambil berdakwah, selitan dakwah Kak Wan memang penuh ayat-ayat tersirat dan tersurat.

    Alhamdulillah KEADILAN masih bertahan walaupun diserang kiri, kanan, depan, belakang, atas, bawah, dalam dan luar. Aku tak dapat nafikan, kini keadilan dibarisi oleh gandingan Naib Presiden yang mantap iaitu Nurul Izzah, Fuziah Salleh dan Tian Chua.

    Aku harap ada satu perubahan drastik akan berlaku. Cuma aku agak kecewa dengan kekalahan CheGuBard tetapi aku hara CheguBard tidak kecewa, aku yakin CheGuBard masing kurang mendapat sokongan dikalangan AMK sendiri.

    Senario ini kita boleh lihat sendiri ketika pencalonan dimana masih dikuasai oleh SAM. Aku harap CheGuBard akan terus turun padang untuk mendamping anak-anak Malaysia. Aku akui CheGuBard memang agak famous dikalangan anak muda “siber dan marhean yang celik politik” tapi beliau masih kurang “famous” dikalangan anak muda AMK.

    Ini kerana beliau tidak terlibat dalam gerak kerja AMK secara rasmi pada sesi sebelum ini. Beliau lebih fokus terhadap SAMM dan posisi MPP Keadilan. Aku harap CheGuBard akan terus konsisten untuk berdambingan dengan AMK walaupun telah tewas dalam perebutan Ketua AMK.

    Pola pengundian telah menunjukkan kemenangan nipis buat SAM. Ini menunjukkan pola penolakan terhadap SAM semakin meningkat dan dalam masa yang sama pola pengundian terhadap CheGuBard semakin meningkat. SAM perlu berkerja keras untuk meningkatkan semula sokongan terhadap beliau begitu juga CheGuBard.

    Sepertimana yang selalu diwar-warkan, sebelum pemilihan kita masing2 berlawan hujah untuk memenangkan diri sendiri, kemudian setelah habis pemilihan kembalilah bersatu sebagai satu pasukan. Aku harap CheGuBard akan menjadi sebahagian daripada “team penggerak AMK” dan aku harap juga HafiziRamli dan Hasmi Hashim dijemput untuk mengisi ruang-ruang yang ada dalam AMK.

    Kombinasi CheGuBard, Hafizi Ramli, Hasmi Hashim dan SAM insya Allah pasti akan memunculkan semula era reformasi versi kedua. Semoga calon yang tewas berlapang dada, semoga calon yang menang meraikan calon yang tewas. Kembalilah sebagai satu “pasukan”.

    Tetapi sekiranya CheGuBard diketepikan dalam AMK. Aku cadangkan CheGuBard dilantik sebagai Naib Presiden Lantikan sebagai tanda pengiktirafan atas sumbangan beliau dalam KEADILAN. Aku tak nampak calon lain yang lebih layak untuk mengisi kekosongan tersebut melainkan CheGuBard dan Gobalakrishnan.

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s