Kenyataan Media – Penggantungan Empat Ahli Parlimen Pakatan Rakyat

Semalam, satu titik hitam sekali lagi mencemari sistem demokrasi berparlimen negara ini yang menyaksikan kezaliman ke atas Ketua Pembangkang Dewan Rakyat, YB Anwar Ibrahim yang digantung selama enam bulan dari menghadiri sidang Parlimen setelah dinafikan hak untuk mempertahankan diri berkaitan dakwaan penglibatan kerajaan UMNO-BN dengan sebuah firma perunding APCO Worldwide.

Hukuman ke atas YB Anwar kemudiannya disusuli pula dengan penggantungan ke atas tiga orang Ahli Parlimen Pakatan Rakyat iaitu YB Karpal Singh (Bukit Gelugor), YB Azmin Ali (Gombak) dan YB Sivarasa Rasiah (Subang).

Tatkala imej negara sedang dicalar dengan pendedahan Wikileaks yang mengaitkan Perdana Menteri Najib Razak dengan skandal pembunuhan Altantuya Shaariibuu, Speaker Dewan Rakyat pula ghairah menyekat dan mengongkong hak-hak dan kebebasan bersuara ahli-ahli Parlimen Pakatan Rakyat.

Ingin saya tegaskan bahawa tindakkan dan hukuman yang telah dijatuhkan ke atas YB Anwar dan empat ahli parlimen yang lain adalah satu keputusan yang melampaui batas dan mencemar semangat demokrasi berparlimen. Keputusan ini yang jelas sekali bertujuan menyekat suara ahli-ahli parlimen Pakatan Rakyat daripada terus mendedah dan membongkar penyelewengan serta kepincangan pentadbiran kerajaan UMNO-BN.

Justeru, pimpinan Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) dan Pakatan Rakyat tetap beriltizam akan terus mempertahankan kebebasan dan menegakkan keadilan demi kesejahteraan rakyat walaupun terus-terusan ditekan dan diasak oleh serangan dan fitnah jahat UMNO-BN.

DR. WAN AZIZAH WAN ISMAIL

About wanazizahblog

President of Parti keADILan
This entry was posted in Kenyataan Media. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s