Pasca Konvensyen Pakatan Rakyat yang ke-2 di Pulau Pinang

Syukur Alhamdulillah, Pakatan Rakyat sekali lagi berjaya berhimpun di konvensyen ke-2 di Pulau Pinang dan terima kasih kepada kerajaan negeri yang menerima kehadiran perwakilan dari seluruh negara dalam keadaan yang harmoni dan semangat hormat menghormati. Satu kesepakatan yang jelas mengambarkan kerjasama dan muafakat di antara KEADILAN, PAS dan DAP.

Walaupun kita dicanang dengan isu yang memburukkan perjuangan dan pengorbanan Pakatan Rakyat dalam mengembalikan keadilan dalam negara, namun kita berjaya menangkis dengan hujah dan data yang kukuh. Buku Jingga yang dilancarkan sudah cukup jelas bagaimana Pakatan Rakyat komited dalam memartabatkan kehidupan rakyat sekaligus merealisasikan kerjasama dan tanggungjawab Pakatan Rakyat untuk membina bangsa bermaruah.

Perjalanan konvensyen ini juga sungguh jelas dan teratur. Penuh tertib dengan agenda yang membela rakyat. Ternyata kita berjaya membuatkan kerajaan BN-UMNO cukup takut dengan perancangan serta konsep Pakatan. Kita juga telah dipersembahkan dengan fakta-fakta yang cukup mengoyahkan kerajaan BN-UMNO oleh pembahas dan perwakilan.

Setiausaha Agung DAP dengan terang dan bertangungjawab bahawa mereka akan tetap pertahankan Islam sebagai agama rasmi Malaysia seperti yang termaktub dalam perlembagaan. Inilah yang BN-UMNO cukup takut. Begitu juga dengan PAS yang komited dalam meneruskan agenda kebajikkan rakyat.Keadilan pula terus dengan agenda reformasi untuk pembangunan bangsa dan negara.

Di sinilah kekuatan Pakatan Rakyat yang mampu melemahkan serta menggoncang kerajaan BN-UMNO yang zalim dan menindas. Kesepakatan dan semangat iltizam yang tinggi inilah asas Pakatan Rakyat yang akan terus dipertahankan.

Keadilan juga akan meneruskan dan komited dalam melaksanakan agenda rakyat.

Moga, konvensyen ini dapat memberikan maklumat tentang dasar bersama Pakatan Rakyat kepada semua seperti yang tercatat dalam Buku Jingga.

Ubah sekarang, selamatkan Malaysia!

DR WAN AZIZAH WAN ISMAIL

About wanazizahblog

President of Parti keADILan
This entry was posted in Kenyataan Media, Pakatan Rakyat. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s