Suara Keadilan: Sah! Rahim Tamby Chik dalang video fitnah

Berikut disiarkan kenyataan akhbar oleh Ahli MPT KEADILAN, Datuk Johari Abdul.

Saya dihubungi oleh seorang kenalan yang sangat rapat bermula sejak 15 Mac 2011 untuk berjumpa dengannya mengenai sesuatu yang penting. Pada hari Isnin 21 Mac 2011 lebih kurang jam 12.20 tengahari, saya mengesahkan bahawa saya ada ruang untuk bertemu beliau.

Saya berjumpa dengannya di Hotel De Palma Ampang jam 4 petang hari itu, sebelum dibawa di dalam sebuah kereta yang lain. Kereta itu dipandu oleh dua orang yang saya tidak kenali.

Saya dibawa ke Hotel Flamingo Ampang, seterusnya dibawa ke sebuah bilik junior suite. Saya bertemu Tan Sri Rahim Thamby Chik dan Dato’ Eskay Shazril Abdullah yang telah menunggu di dalam bilik tersebut. Saya turut disertai oleh kenalan saya tadi.

Saya duduk di depan Tan Sri Rahim Thamby Chik sementara Dato’ Eskay Shazril Abdullah duduk di sebelah saya. Kenalan saya tadi duduk di atas katil di belakang di dalam bilik tersebut.

Dato’ Eskay Shazril Abdullah mula bercakap dan mengatakan bahawa saya (“Johari Abdul”) adalah ahli Parlimen yang pertama akan menyaksikan tayangan video yang sedang mula dimainkan itu. Dia juga meminta pandangan saya mengenai Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

Sepanjang tayangan video tersebut, Dato’ Eskay Shazril Abdullah menjadi suara latar menerangkan beberapa perkara. Contohnya, dia menyentuh bagaimana cara individu terbabit menanggalkan kondom selepas perlakuan berakhir mempunyai risiko air mani akan terpercik ke kawasan yang besar. Menurutnya, tabiat itulah yang menyebabkan Dato’ Seri Anwar Ibrahim sering meninggalkan bahan bukti seperti yang berlaku dalam kes liwat pertama tahun 1998 dulu.

Dia juga mendakwa bahawa dia selalu membawa Dato’ Seri Anwar Ibrahim ke club house di mana berlakunya kejadian itu dan tempat-tempat lain di Thailand seolah-olah ini perkara yang kerapkali dibuat oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Menurutnya, setiap kali dia membawa Dato’ Seri Anwar Ibrahim ke tempat itu, bilik itulah (yang dirakamkan) yang digunakan Dato’ Seri Anwar Ibrahim sementara dia (Dato’ Eskay) menggunakan bilik bersebelahan. Dalam percakapan seterusnya, dia menyatakan kebimbangan kononnya rakaman-rakaman video seperti itu telah dipunyai oleh pihak perisikan Thai.

Sepanjang penayangan video tersebut, Tan Sri Rahim Thamby Chik kerap mencelah dan membuat komen pendek yang memburukkan Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Saya percaya beliau cuba meyakinkan saya bahawa Dato’ Seri Anwar Ibrahim adalah seorang yang tidak bermoral dan tidak layak menjadi seorang pemimpin.

Selepas penayangan video tersebut, Tan Sri Rahim Thamby Chik mula bercakap. Dia memujuk supaya saya meninggalkan KEADILAN dan Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Dia berjanji untuk bbawa saya berjumpa dengan Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak. Tan Sri Rahim Thamby Chik juga menyebut bahawa dia akan uruskan segala keperluan kewangan dan keselamatan saya.

Tan Sri Rahim Thamby Chik juga cuba meyakinkan saya untuk membawa dan memujuk lebih ramai Ahli Parlimen KEADILAN berjumpanya, supaya dapat dipujuk keluar parti. Dia meminta saya mengepalai kumpulan Ahli-ahli Parlimen KEADILAN ini. Saya tidak memberikan komitmen, selain mendengar komen-komen yang dibuat.

Selepas itu, saya keluar dan diiringi oleh kenalan rapat saya itu. Di dalam lif, saya memeluknya dan memberitahu beliau, bahawa setelah menonton keseluruhan video tersebut, saya yakin bahawa orang di dalam video itu bukanlah Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

Saya berkeyakinan bahawa pelakon itu bukan Dato’ Seri Anwar Ibrahim berlandaskan faktor berikut:

1. Pada awal rakaman, terdapat seorang lelaki lain yang sedang menguruskan rakaman video pada ketika orang yang mirip Dato’ Seri Anwar Ibrahim masuk ke dalam bilik. Sewajarnya orang itu (yang mirip Dato’ Seri Anwar Ibrahim) sedar bahawa perlakuannya akan dirakam. Mustahil sesiapa yang waras akan melakukan adegan sedemikian kecuali dia diupah.

2. Tempoh masa rakaman yang menunjukkan muka si pelaku adalah terlalu pendek. Ditambah dengan rakaman yang dibuat di dalam hitam putih; menyukarkan untuk betul-betul mengesahkan identiti si pelaku.

3. Bahu si pelaku terlalu lebar dan tegap berbanding bahu Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

4. Bahagian belakang si pelaku (punggong) juga berisi dan jelas berbeza dengan tubuh badan Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

5. Di akhir adegan, si pelaku bangun dan tubuh badannya dirakam dengan jelas. Perutnya adalah buncit dan terlalu besar jika dibandingkan dengan perut Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

6. Warna kulitnya adalah terlalu cerah dan hampir tidak dapat dibezakan dengan warna kulit wanita terlibat.

Selepas itu, saya menyatakan kesediaan untuk membawa beberapa orang ahli Parlimen KEADILAN agar mereka juga dapat menonton video dan berjumpa dengan Tan Sri Rahim Thamby Chik. Saya dimaklumkan sessi tayangan seterusnya akan dibuat kepada ahli-ahli Parlimen KEADILAN pada jam 330 petang 22 Mac 2011. Kami hadir semalam di Hotel Flamingo Ampang dan menunggu hingga jam 530 petang, oleh kerana mereka telah sahkan bahawa perjumpaa akan berlaku. Walau bagaimana pun, perjumpaan itu dibatalkan oleh pihak mereka.

Saya mengambil risiko membuat kenyataan ini diluar Dewan Rakyat kerana saya yakin bahawa episod terbaru ini adalah satu lagi rencana jahat untuk memfitnah Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

 

About wanazizahblog

President of Parti keADILan
This entry was posted in Demokrasi, KEADILAN, Kenyataan Media. Bookmark the permalink.

43 Responses to Suara Keadilan: Sah! Rahim Tamby Chik dalang video fitnah

  1. Aragorn says:

    DSWA .. apapun yg datang pada DSAI tidak akan menggugat kami Rakyat utk menyokong perjuangan beliau utk membela nasib rakyat & seterusnya menjadi PM! Kami tabik dgn ketabahan DSWA selama ini & kami kagum dgn semangat DSAI yg kental melawan dugaan. Semoga ALLLAH swt memelihara org2 yg teraniaya & tunjukkan kebenaran.
    Takbir!

  2. rozana says:

    saya setuju ….walau apa pun yg berlaku saya tetap bersama anwar…..najid pembohong…pernah pada hari polis 203 pagi pagi lagi telah umum bahawa anggota PDRM yang berkhidmat melebihi 5 tahun akan diberi kenaikan pangkar ke kopral…tapi sekarang telah pun setahun iaitu hari polis yang ke204 tapi apa pun tiada …..mana janji beliau…

  3. wan sulaiman says:

    DSAI…teruskan perjuangan…..mereka2 yang dluar sana sudah bangkrap idea..sebab itu mereka buat fitnah yang tak masuk akal…idealogi politik mereka adalah saduran idea zionis..munafik..hasil didikan kapitalis dan barat…didikan islam mereka ketepikan…mereka tidak rasa malu dan kehilangan tamadun manusiawi..insyaAllah yang benar tetap benar…TERUSKAN PERJUANGAN DSAI…

  4. merapu says:

    Saya kagum dengan DSAI…semoga allah memelihara DSAI….

    Lawan tetap lawan biar “BN”kalah..ya allah “musnahkan lah parti zalim ini” (BN)

  5. shukree says:

    teruss berjuang dsai.ini fitnah yg amat dasyat.insyaallah kami tidak sebodoh dgn taburan fitnah yg tdk dpt diterima oleh akal yg waras

  6. Mohamad says:

    Jgn khuatir kami rakyat terbanyak akan sentiasa menyokong untuk perubahan secara total malaysia, buat keluarga DSAI dan DSWA srta keluarga memperbanyakan zikir dan munajat supaya diberi ALLAH SWT kekuatan menghadapi dugaan yang amat mencabar. Hanya itu sahaja senjta yang amat berguna kepada orang yang dizalimi.

  7. aDIL says:

    Saya sangat sedih dengan segelintir rakyat Malaysia yang bodoh serta akalnya sangat pendek kerana dek hawa nafsunya sendiri… Dalam hadis Nabi Muhammad s.a.w, ada maksud hadis yang baginda Rasulullah s.a.w menyatakan bahawa, ada sesetengah golongan akan berusaha gigih demi kepentinagn dunia orang lain. Jd, rakan-rakan sy umat Islam khususnya, jadi lah kita seorang yang adil, maksud sy, jangan menerima sebarang berita yang belum belum ada kesahihannya. Di akhir zaman ini, orang-orang munafik akan menyebarkan fitnah. Jd, nilai lah sesuatu berita yg sampai kepada kita sebelum kita bercerita mengenainya. ingat, fitnah itu lebih buruk daripada membunuh…. Di dunia tiada kesannya, tp tunggulah seksaan di akhirat. semoga penabur fitnah ini akan Allah adili dengan balasan seksa yang amat menyksakan. Takutlah akan amaran daripada Allah swt. Takbir!!!!! ALLAHU AKBARRR… Bersama kita membela Agama Islam….. semoga kita termasuk orang yang berjihad menentang musuh Allah…. Ingat, sekarang kita berada di hujung era zaman kehancuran (Kedatangan Hari Khiamat)….. Sebelum Dajjal Laknatullah yg tuleh muncul, akan tiba ajen-ajen dajjal yg akan merosakkan Agam Islam dan Aqidah Ummat Islam…. disini sy nak ingatkan, Istiqamahlah (berterusanlah) membaca surah Al-Kahfi setia hari Jumaa, semoga Allah swt akan menyelamatkan kita daripada fitnah ajen Dajjal dan fitnah Al-Masih Dajjal Laknatullah keatasnya

  8. to DASI saya menyokong sampai dasi naik sabagai pm malaysia dan kembali kan kuasa-kuasa 20 perkara di sabah seterusnya menubuh siasatan di raja menganai pemberian ic kepeda pti dlm Projek mahathir selamat berjuang DOA SETIASA BERSAMA DASI… SELAMAT BERJUANG LAWAN TETEP LAWAN

  9. Jerry Dominic says:

    Aku rasa perjuanagan DSAI banyak membawa kepada perubahan pola politik di MALAYSIA. Tetap saya rasa utk mejadi PM DSAI agak sukar kerana tiada dapat majoriti… tetap sebagai Pembangkang dsai telah berjaya! saya ucapkan tahniah kepada DSAI…. teruskan perjuangan.

  10. teruskan DSWA.

    kami tabik dgn semangat tak pernah luntuh DSWA

    semua harus mencontohi semangat DSWA

  11. laksamana tanjung says:

    teruskan menegakkan kebenaran. sesungguhnya mereka yg memfitnah tdk akan diterima oelh rakyat.

  12. ramli says:

    sabar separuh drpd iman.moga dsai dan klrg tabah menghadapi ujian ini

  13. shazan sulaiman says:

    orang hebat mmg ujian pun besar..itu suatu pemprosesan Tuhan semoga DSAI,DSWA..tabah dan sabar..kebenaran akan datang,kemungkaran,kebatilan pasti lenyap..

  14. sebagai individu yang sentiasa mengikuti perkembangan kes tersebut ,ingin mengajak saudara 2 jangan mempercayai bohongan kerjaan sekarang sbb mereka takut hilang segala kuasa yang ada pada mereka skrng , sangup menipu agama islam , bersumpah laknat adalah yg buta agama

  15. zamtmnmarkisah says:

    Makhluk PERTAMA bersumpah ialah IBLIS ketika memperdayakan nabi Adam a.s……….kesannya nabi Adam dan Hawa TERPEDAYA…….fikir-fikirkanlah wahai manusia yang berakal…………

  16. zuraimi says:

    RAKYAT TAK SEBODOH ITU YANG DISANGKA BN..SEMAKIN BANYAK FITNAH DITABURKAN TERHADAP DSAI SEMAKIN KUAT RAKYAT BANGUN MENOLAK BN..

  17. Semoga Kak Wan dan DSAI sekeluarga dikurniakan kekuatan oleh ALLAH.Dan kekuatan serta kesedaran jua kepada seluruh rakyat malaysia bersatu bersama menentang dan menjatuhkan Rejim BN.
    Sebab itulah untuk penghakiman kes liwat II mereka sedaya upaya mahukan DNA DSAI.Disokong pula oleh ahli ahli UMNO dan NGO yang bangang dan bodoh mendesak DSAI menyerahkan DNA.Jika DSAI menyerahkan DNA sudah pastinya akan digunakan mereka untuk siri Fitnah Video Seks tersebut.
    Sesungguhnya ALLAH MAHA MENGETAHUI DAN MAHA MELINDUNGI.

    Sedarlah wahai orang orang UMNO….Sehebat hebat Syaitan Dan Iblis yang selama menjadi ikutan kamu akhirnya akan hancur…binasa…nguyup jua….

  18. yatt says:

    yg haq tetap haq manakala tg batil ttp batil..Allah swt ada rencananya sndri..smga kbnaran akn muncul..kepada DSAI dan sluruh kompenen pakatan rakyat..kami sntiasa mnyokong prjuangan anda smpi ble2,kami yakin 100% dgn kredibility yg ada pd pmimpin pkatan rakyat.

  19. halim ramli says:

    umno tak sedar lagi, musuh sebenar ialah kami, (rakyat) bukan DSAI. Sabar kak Wan. insyaAllah kita menang!!

  20. refomarsi says:

    DSWA dan DSAI jangan gentar dengan BN,lawan tetap lawan kami penyokong setia tetap berdiri gagah di belakang DSAI dan DSWA,hancurkan BN yang banyak rasuah dan penyalewengan

  21. Ailittle says:

    Sy sebagai rakyat biasa pun msh boleh berfikiran waras nk bezakan betul atau salah ttg video tu.Xkan la anuar sebodoh dato T nk buat perkara mcm tu klau pn dia nk buat xkan la dia nk upah org rakam apa yg dia buat.bodoh!sapelah ygbuat suma ni?ya allah tunjukkan la kebenaran.dan tunjukkan la jalan yg benar pd org2 yg telah membuat fitnah.berikan la kekuatan pd org yg tlh dfitnah.*amin*

  22. RAZAK HAMID says:

    Teruskan perjuangan !!!

  23. osama malaysia says:

    demang lebar daun adalah penghulu rakyat dizaman dulu kala,maka ikutlah amanat beliau jangan melawan takdir.lihatlah PRU S’pura baru-baru ini apa jadi dengan undi kerajaan memerintah walaupun menang tapi tipis sehingga mento dan kuncunya letak jawatan.Di malaysia satu keajiban akan berlaku jika umno tidak kembali ke era 1957.ingatlah lagu anak kecil main api dan akhirnya apa yang jadi.DSAI adalah pencetus pembangkang yang ditakuti oleh pihak kerajaan sehingga setiap kata-katanya menjadi mimpi ngeri pemimpin kerajaan. PRU ke 13 ini akan berlaku ke ajibannya. jangan salahkan rakyat apabila menuntut haknya.sekian……………….

  24. hamid eksan says:

    saya sokong sesangat…dsai org yg hebat maka besar juga la dugaannya….harap dsai tabahkan hati

  25. Aremen says:

    DSAI & DSWA, saya kagum dengan ketabahan kalian berdua dan juga keluarga. BN tak akan berhenti memfitnah atau melakukan apa saja asalkan kalian berdua keluar dari senario politik negara. Teruskan perjuangan, sebab rakyat dah mula muak dengan politik jijik BN. Nasib orang melayu terumbang ambing, minyak naik, letrik naik, makanan naik, harga rumah naik, semuanya naik. Hanya Pakatan Rakyat sahaja yang dapat mengembalikan hak kami sebagai rakyat. Lebih 5o tahun rakyat bagi peluang pada BN untuk memimpin, kini sampai masanya kita bangkit dan ubah kepimpinan negara! Percayalah DSAI & DSWA, rakyat dah mula BANGKIT! Rakyat dah MUAK! Dan Rakyat mahukan KEADILAN! LAWAN TETAP LAWAN!!

  26. rizal says:

    Kepada DSAI & DSWA serta keluarga..kuatkan semangat..lawan tetap lawan..jangan menyerah.. rakyat bawahan sentiasa bersama2 anda..terus berusaha dan mohon kepada Allah SWT supaya diberi kekuatan akal fikiran dan tubuh badan untuk terus berjuang…InsyaAllah kita akan berjaya memimpin Malaysia dengan izin Allah SWT…ALLAH MAHA BESAR DAN MAHA KUASA…….

  27. enjets says:

    buat dsai senyum lah selalu,walaupun fitnah berjuta yg datng pada kamu,kezalim,fitnah akan tewas juga akhirnye,teruskan perjuangan kamu dsai ,kami rakyat malaysia yang telah terjaga dari minpi indah bn (umno)akan terus menyokong perjuangan dsai yang ternya membela rakyat’,

  28. NagaMerah says:

    Banyak2 Bersabar, DSAI n DSWA. Walau apa pon ujiaan yang mendatang, sy doakan semoga DSAI sekeluarga dilindungi. UMporNO harus dibinasakan, harus dihapuskan. Hidup Keadilan, rakyat akan terus menyokong Keadilan. Teruskan perjuangan bersama PR. Hidup Keadilan, Hidup Pas, Hidup DAP. Takbir!!!

  29. suara rayat says:

    saya sokong penuh DSAI & DSWA hingga akhir hayat terus bejuang membela rayat malaysia,kami rayat malaysi mendoakan semoga allah memberi kemenangan,biarlah fitnah banyak mana sekali pon teruskan berjuang ALLAH maha mengetahuinya siapa benar,terus bejuang kami senantiasa BERSAMA berdoa di belakang DSAI & DSWA, PERCAYALAH SIAPA BENAR ALLAH SENANTIASA BERSAMANYA,

  30. rakyat prihatin says:

    semoga DSAI akan menjadi pm pakatan rakyat yg pertama membela nasib rakyat………..saya sbg rakyat m’sia amat terbeban dgn pemerintahan kerajan bn skrg….semoga ALLAH melindungi DSAI dr segala fitnah dan tohmahan dr mereka yg munafik,

  31. raharja says:

    Semoga Yang Maha Kuasa menunjukan kebenaran yang hakiki ya bu.

  32. Ben says:

    RAKYAT kita smakin maju kehadapan..
    RAKYAT kita makin faham erti politik..
    teruskan PERJUANGAN RAKYAT…
    ini la PERJUANGAN yg kita nantikan..
    bangkit la RAKYAT…biarla kita berjuang bsama2…
    tegakn SUARA RAKYAT bersama PR..

  33. mohdlokman says:

    dsai jangan luntur semagat, berjuang terus berjuang hingga dapat menakluk peterajaya dan menjadi PM kesayangan rakyat. kami akan tetap menyokong pakatan rakyat dalam pRU ke 13 nanti. lawan tetap lawan, kita hapuskan BN umno diatas bumi malaysia ini kerana kita telah beri BNUMNO selama 54 tahun mentadbir negara ini. cukuplah……..

  34. enjets says:

    apa yg umno gelabah sangat dengan dsai nie ,man-man lah umno,.kata perjuang melayu,tapi bagi sya lah umno penkianat melayu,puak umno purut makin besar dengan kekayaan tapi rakyat besar purut pasal kena busung utang,,,,,

  35. Adilkan Sabah says:

    Disebabkn medium informasi rkyat trutamanya d pedalaman tlh d manipulasi BN tmasuk media massa & cetak, PR sukar membela segala fitnah & menyuarakan dasar politik secara jelas pd rkyat.Sebab itulah pnyokong PKR kbanyakannya trdiri dr org2 muda brpelajaran celik IT krn mrk jelas dgn dasar prjuangan PKR. Trlalu rmi golongan brfikiran kelas ketiga hanyut dgn kezaliman BN dek pndekatan&strategi ‘ala zionis’ yg BN terapkan dlm meraih pengundi. Kerana BN jg, sabah dipenuhi org2 asing yg kini sudah rmi dah dpt mykad. Misalnya d pekan tmpat sy tinggal lebih rmi org asing yg berkeliaran yg sy boleh nisbahkan org asing ngan tmpatan sbg 6:1. Semoga PKR mampu perjuangkan nasib rkyat tmpatan Sabah yg dieksploitasikan selama ini oleh BN.

  36. MohdNoor Ariffin says:

    Asalamualaikum DSWA. saya pernah diimamkan solat jumaat olih DSA{, pernah dengar khutbah jumaat beliau, adalah amat malang bagi orang melayu jika pemimpin saperti DSAI dimalukan, dicaci dan dihina, insyallah PRU13 undi saya tetap untuk PR. muga ALLAH melindungi saorang pemimpin yang kental saperti DSAI

  37. Azleey Bahry says:

    APA PON HALANGAN DAN RINTINGAN KAMI SEBAGAI RAKYAT MALAYSIA DAN PENGUNDI TETAP BESAMA DSAI …………….TAMAT KAN PEGANGAN UMNO TEGAKAN KEADILAN UNTUK RAKYAT MALAYSIA REFOMASI…………………..ALLAH HUAKBAR

  38. Taufick Ruschi says:

    maka celaka jahanam lah mereka yang memfitnah, Islam di Malaysia rosak akibat adudomba dan fitnah serta sumpah laknat oleh pemimpin dan orang Islam itu sendiri..Teruskan perjuangan DSWA

  39. Abg.Zul says:

    InsyaAllah, berkat doa rakyat, DSAI akan selamat. Pembuat fitnah, tunggulah! tiba masanya Allah akan memberi petunjuk dan membalas perbuatan keji mereka dengan balasan yang setimpal.

  40. mohd yusuf says:

    Teruskan perjuangan anda DSAI. saya yakin kita akan mendapat kemenangan kerajan tuhan sentiasa bersama orang yang menegakkan kebenaran….. saya ingin melihat suatu hari nanti malaysia sebuah negara yang betul-betul adil dan bebas

  41. Saya faham akan cara bangsa melayu nak sangat berkuasa sehinggah mengadai maruah orang lain. Kesimpulannya apapun hakikat nya saya tetap bersama datuk sri anuar .berdoa agar beliau mendapat kejayaan PRU 13 ini. Satu undi adalah perjuangan.PR akan berjaya.

  42. abdul jalil mohd fauzi says:

    manusia yg waras pemikiranya tidak akan terkena virus hasutan melampau dari mereka yg tk senang melihat orang lain senang…Semuga DSAI tabah menghadapi ujian ini….

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s