Belanjawan Selangor beri kejutan kepada wanita, belia

Keadilan Daily

SHAH ALAM, 8 Nov: Belanjawan Selangor 2012 yang dibentangkan hari ini dijangka membawa kejutan menarik bagi golongan wanita dan belia di Selangor.

Difahamkan sejumlah besar akan diperuntukkan bagi menampung kos penjagaan anak oleh isteri yang bekerja.

Dasar ini dilihat selari dengan belanjawan alternatif Pakatan Rakyat 2012 yang dibentangkan 3 Oktober lalu.

Di dalam belanjawan alternatif tersebut, setiap keluarga yang berpendapatan RM1,000 sebulan akan diberi elaun penjagaan anak berjumlah RM1,000 setahun bagi setiap anak berusia 12 tahun ke bawah.

Kerajaan negeri juga dijangka memberi peruntukan untuk penambahbaikan proses demokrasi melalui pilihan raya di Selangor.

Setiausaha Politik Menteri Besar Faekah Husin yang dihubungi TV Selangor menjelaskan halatuju Bajet 2012 akan mengambil iktibar daripada Laporan Ketua Audit Negara 2010, dalam usaha mengurangkan ketirisan dan melaksanakan agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor.

“Iktibar dari laporan audit 2010 menunjukkan bahawa kerajaan persekutuan, agensi, jabatan, kementerian langsung tidak menjadikan laporan audit 2009 sebagai iktibar bagaimana untuk mengurangkan ketirisan yang berlaku di setiap jabatan dan agensi dan juga kementerian.

“Kita lihat ketirisan yang berlaku pada 30 peratus daripada peruntukan yang diberi, ini bermakna jika peruntukan di Selangor adalah RM1.6 bilion tahun lepas ini bermakna kita berjaya selamatkan RM400 juta,” katanya.

About wanazizahblog

President of Parti keADILan
This entry was posted in Demokrasi, Ekonomi, KEADILAN, Pakatan Rakyat, Politik, Sosial. Bookmark the permalink.

One Response to Belanjawan Selangor beri kejutan kepada wanita, belia

  1. CSR says:

    Is this for all races??? If yes, then GOOD.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s