Pembebasan Sdr Anwar, terima kasih rakyat Malaysia!

Semalam , tanggal 9 Januari 2012 adalah suatu detik sejarah baru untuk Malaysia. Suatu peristiwa yang pastinya menggamit jutaan memori perjuangan rakyat yang berlanjutan hampir 14 tahun lamanya.

Seawal pagi lagi, ribuan pendokong dan penyokong keadilan sudah berada di perkarangan letak kereta di Mahkamah Tinggi Jalan Duta menanti kehadiraan Sdr Anwar dan saya serta keluarga. Ini sungguh memberikan semangat dan kekuatan kepada kami sekeluarga untuk mendepani dengan apa jua keputusan hakim mengenai kes fitnah 2 ini yang berlarutan.

Alhamdulillah, dengan berkat doa, usaha dan tawakkal selama ini, mahkamah telah memutuskan bahawa Sdr Anwar dibebaskan dari segala pertuduhan yang difitnah kepada beliau. Tatkala ini, adalah satu saat dan memori yang paling indah bagi keluarga kami. Segala syukur kami panjatkan kepada Allah S.W.T.

Justeru, saya dan keluarga mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga selama ini dengan sokongan dan kesabaran yang menambahkan semangan perjuangan kami untuk membela kebenaran Sdr Anwar. Segala pengorbanan rakyat selama ini, didoakan agar menjadi saksi perjuangan menentang kezaliman, kerana Rasulullah S.A.W. bersabda: “Jihad yang paling utama adalah kalimat yang benar di hadapan penguasa yang zalim.” (HR Ahmad)

Maka, jelaslah sekarang kebenaran itu adalah hak bagi kita semua yang dizalimi. Insya Allah, kebangkitan rakyat khususnya golongan muda akan menggerakkan zaman demi kesuburan demokrasi.

Dr Wan Azizah Wan Ismail

Perihal wanazizahblog

President of Parti keADILan
This entry was posted in Demokrasi, KEADILAN. Bookmark the permalink.

6 Responses to Pembebasan Sdr Anwar, terima kasih rakyat Malaysia!

  1. basran says:

    sama-sama puan

  2. atras says:

    Alhamdulillah DS Wan Azizah..Insyaallah PRU13 kita bersama2 tawan malaysia..

  3. Johan Ariff says:

    Thanks for gave me a chocolate at ur house!

  4. mohammad ali khair says:

    salam..DS,apa khabar…shukur pd allah semuanya berjln dgn baik..sya harap DS teruskan perjuangannya…disini saya ambil kesempatan sekiranya sya diberi peluang,teringin dihati nak berjumpa dgn DSAI…sya harap hajat di hati termakbul….SAYA MOHAMMAD ALI KHAIR,PENGERUSI PENDUDUK TAMAN SERI JATI,SERDANG LAMA,SELANGOR

  5. siti says:

    Syukur kak wan…….semoga peristiwa ini mengguatkan lagi perjuangan kak wan sehingga akhir hayat demi keadilan dunia akhirat…amin

  6. sahry says:

    Syabas! Datuk.
    Tolong diwaspadai,sekarang telah
    bergerak suatu kelompok. Mereka
    menawarkan status kewarga negaraan
    malaysia pada pendatang asing. Mereka
    mensasarkan 5000 orang lebih,tuk
    mengundi suatu partai pada pilihan
    raya ke13 nanti. Terutama pada
    kawasan undi pendang,bandar
    bahru,kulim dan kawasan lain yg di
    pegang oleh partai datuk. Syabas
    datuk!.. Semoga memenangkan pilihan
    raya nanti.

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s