Wang zakat diguna untuk halang hukum Islam- Saifuddin

KUALA LUMPUR 13 Jan: Wang zakat yang digunakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharum dan dua yang lain bertujuan menghalang hukum Islam dilaksanakan, kata Setiausaha Agung KEADILAN Saifuddin Nasution Ismail.

Beliau mengulas Kenyataan Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Wan Zahidi Wan Teh dan Pengarah Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), Datuk Che Mat Che Ali bahawa wang zakat tersebut kononnya digunakan untuk mempertahankan kedaulatan institusi Islam.

Ini kerana kata Saifuddin, wang itu digunakan untuk membayar khidmat guaman Jamil Khir, Che Mat Ali dan Ketua Pendakwa Syarie, Shamsuddin Hussain dalam kes qazaf yang difailkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Apakah orang yang menggunakan kedudukan menghalang seseorang yang difitnah membawa kes ke mahkamah syariah mempertahankan kedaulatan institusi Islam?

“Adakah  orang yang menggunakan kedudukan mereka menyekat pendakwa syarie meneruskan dakwaan qazaf  ke atas Saiful yang sewenang-wenang membuat tuduhan tanpa menampilkan saksi boleh dianggap mempertahankan kedaulatan institusi Islam?,”

“Adalah jelas mereka bukan mendaulatkan institusi Islam bahkan mereka lah yang menghalang hukum Islam dari dilaksanakan,” tegas beliau dalam satu kenyataan media hari ini..

Katanya lagi, Jamil Khir Baharom terus dengan pendirian bahawa wang zakat tidak digunakan tetapi diganti dengan satu peruntukan lain.

Kenyataan itu jelas bertentangan dengan kenyatan timbalan menterinya, Datuk Dr Mashitah Ibrahim, Pengarah JAWI, Ketua Audit Negara, dan CEO Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan yang mengesahkan penggunaan wang zakat berkenaan.

“Kita menuntut menteri tampil memberikan penjelasan terhadap perkara yang ditim,bulkan. Mendiamkan diri bukan lah jalan yang terbaik. Islam itu adil dan keadilan Islam mesti dapat dirasai oleh semua,” tegas beliau.

About wanazizahblog

President of Parti keADILan
This entry was posted in Demokrasi, Ekonomi, KEADILAN. Bookmark the permalink.

One Response to Wang zakat diguna untuk halang hukum Islam- Saifuddin

  1. sahry says:

    Syabas! Datuk.
    Tolong diwaspadai,sekarang telah bergerak suatu kelompok. Mereka menawarkan status kewarga negaraan malaysia pada pendatang asing. Mereka mensasarkan 5000 orang lebih,tuk mengundi suatu partai pada pilihan raya ke13 nanti. Terutama pada kawasan undi pendang,bandar bahru,kulim dan kawasan lain yg di pegang oleh partai datuk. Syabas datuk!.. Semoga memenangkan pilihan raya nanti.

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s