Dari Meja Presiden : Dunia Sekarang Sudahlah Terbalik

Pada tahun 50an dahulu, ada sebuah lagu nyanyian R Azmi yang sangat popular. Antara bait seni kata lagu itu berbunyi; dunia sekarang, sudahlah terbalik… pemudi berbaju belang, pemuda berbaju batik.

Mungkin sahaja gambaran di dalam lagu itu tidak seteruk keadaan yang berlaku hari ini. Hakikatnya hari ini, jauh lebih buruk apabila yang jahat dilihat baik, manakala yang baik dipandang jahat.

Semuanya berkisar di dalam isu Israel apabila Anwar dituduh menyokong Rejim Israel. Ianya semakin rancak pada pertengahan Februari lalu, apabila Anwar dan saya bertemu dengan pemimpin tertinggi Hamas, Khalid Mashal di Qatar. Pertemuan tersebut juga melibatkan Sheikh Yusof Al-Qardhawi di samping Menteri Kebudayaan Qatar, TYT Dr Hamad Abdul Aziz.

Kenyataan awal Anwar yang terbit di dalam Wall Street Journal dengan jelas menyebutkan sebarang usaha damai dengan Israel wajib “tertaluk” kepada pra-syarat dengan Palestin. Istilah yang digunakan Anwar ialah “contingent” bagi merujuk hal tersebut, yang tetap cuba dipadam. Saban hari, PM Najib tanpa segan silu menjadikan modal kempen ke sana ke mari dengan menuduh Anwar menyokong negara Israel.

Pada waktu yang sama, pemimpin negara tidak dapat menafikan bahawa mantan PM Malaysia yang ke-4 pernah bertemu dengan PM Israel. Bukan beliau sahaja, malah ada pemimpin Umno lainnya, yang memegang jawatan sebagai Menteri juga bertemu dengan pimpinan kanan Israel secara berahsia.

Di dalam perkembangan terbaharu, pihak kerajaan bercadang mendedahkan surat mantan Perdana Menteri ke-4, Tun Dr Mahathir Muhamad kepada mantan PM Israel, Ehud Barak. Hal ini disahkan oleh PM Datuk Seri Najib Razak kalamana media perdana, khususnya Utusan Malaysia heboh menuduh saudara Anwar Ibrahim menyokong Israel.

Bagi Keadilan, kita tetap mengiktiraf kedua pihak di Palestin, sama ada Fatah mahupun Hamas. Berbeza dengan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang hanya mengiktiraf Fatah sahaja.

Pada tahun 2006 ketika Malaysia menjadi tuan rumah Persidangan Negara-Negara Berkecuali (NAM), kerajaan Malaysia telah dengan sengaja membelakangkan Menteri Luar Palestin, Dr Mahmoud Al Zahar yang dilantik oleh PM Ismail Haniyeh. Tindakan biadap ini dilakukan semata-mata kerana kerajaan Palestin ketika itu ditadbir oleh Hamas.

Sebagaimana janji Allah, yang benar akan tetap benar walau tohmahan dilakukan  tanpa henti. Tiba-tiba rakyat tergamam apabila dalam pada riuh-rendah media perdana cuba memecah-belahkan Pakatan Rakyat di atas isu tersebut, lebih tepat lagi hubungan di antara KEADILAN-PAS, terbongkar cerita kapal dagang Israel berlabuh dan berdagang di Pelabuhan Klang. Maka perairan Malaysia tercemar! Perdagangan dua negara iaitu di antara Malaysia-Israel sebenarnya sudah berlangsung cukup lama. Dagangan komoditi seperti minyak sawit antara yang paling popular.

Tidak dapat saya bayangkan, alangkah sebaknya hati peneroka Felda dan pekebun-pekebun kecil (teruatama yang majoritinya beragama Islam) di seluruh negara apabila mereka tahu, titik peluh mereka selama ini rupa-rupanya dijual kepada Israel. Begitu mudahkah bangsa dan umat kita diperbodohkan?

Sudah banyak kali penguasa Umno-BN cuba menutup pekung di dada dengan menuduh kepemimpinan Pakatan Rakyat. Kaedah ini adalah strategi usang yang sering dilakukan banyak rejim kuku besi di dunia. Sebelum rahsia pecah, mereka akan menuduh musuh politik mereka dengan perlakuan yang sebenarnya dilakukan oleh mereka sendiri.

Apabila diajak berdebat, pelbagai alasan pula diberikan. Ya! Berani kerana benar, takut kerana salah. Ketika media perdana terus-menerus mencipta fitnah dan tohmahan baru, berita yang sebenarnya sudahpun sampai ke telinga wakyat. Mungkin elit Umno-BN tidak sedar, semakin cuba ditutup dusta, semakin terdedah nista. Benar sekali baitnya lagu; dunia sekarang sudahlah terbalik ..

Dr Wan Azizah Ismail

Perihal wanazizahblog

President of Parti keADILan
This entry was posted in Dari Meja Presiden, Demokrasi, Ekonomi, KEADILAN, Pakatan Rakyat, Politik. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s