Dari Meja Presiden : Derita Rakyat Selepas Pilihanraya

Derita Rakyat Selepas Pilihanraya…

Sejak perbentangan belanjawan 2012 Disember lalu, jelas kelihatan bahawa kerajaan di bawah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak awal-awal lagi sudah memikirkan beberapa siri program dengan dana yang banyak untuk dicurahkan kepada rakyat. Belanjawan 2012 umumnya digunakan untuk tujuan itu.

Bermula daripada pemberian apa yang dianggap sebagai “wang saguhati” sebanyak RM500 kepada mereka yang berpendapatan rendah; baucer pembelian buku untuk mahasiswa; sehinggalah kenaikkan gaji yang diumumkan PM minggu lalu.

Atas desakan pembangkang dan badan-badan bukan kerajaan (NGO), pentadbiran Najib juga akhirnya terpaksa tunduk kepada beberapa tuntutan termasuklah membatalkan skim Saraan Baru Penjawat Awam (SBPA) yang sama sekali tidak berpihak kepada kepentingan kakitangan awam.

Keadilan percaya, akan ada lagi satu-dua program ‘pembelian’ dan ‘gula-gula’ seumpama itu dalam waktu terdekat menjelang pilihanraya umum. Tentulah boleh dijangkakan bahawa menabur tunai di pelbagai penjuru seperti yang dilakukan sekarang tidak lain adalah jalan mudah bertujuan meraih undi.

Syukur apabila hari ini rakyat mulai sedar bagaimana Keadilan dan Pakatan Rakyat sudah memainkan peranan sebagai pembangkang yang berkesan. Tanpa kemenangan di 5 negeri dalam PRU lalu, khususnya di Selangor dan Pulau Pinang sebagai dua negeri industri dan yang terkaya di Malaysia; serta menafikan majoriti dua-pertiga kuasa BN di parlimen, mustahil kerajaan aan melakukan seperti apa yang mereka lakukan sekarang.

Persoalan seterusnya ialah, bagaimana nasib rakyat selepas PRU nanti sekiranya Umno-BN terus diberi mandat sebagai kerajaan? Ada tanda buruk bahawa rakyat akan bertambah derita apabila Umno-BN diberi peluang mentadbiran untuk tempoh 5 tahun lagi selepas PRU nanti.

Sebagai contoh, kita lihat rekod Petronas sebagai sebuah syarikat kaitan kerajaan (GLC) gergasi yang mengumumkan keuntungan bersih sejumlah RM55.6 bilion untuk tempoh 9 bulan tahun lalu. Walaupun mencatat kenaikkan keuntungan lebih 10 peratus berbanding tahun sebelumnya, namun Petronas juga mengumumkan tidak akan lagi membayar pampasan kepada Tenaga Nasional Berhad (TNB) bagi kos bahan api alternatif.

Sebelum ini, Petronas mengabiskan sebanyak RM1 bilion untuk tujuan itu. Dengan tamatnya bayaran pampasan kepada TNB, ada kemungkinan bahawa tarif eletrik dijangka meningkat lagi selepas PRU nanti. Tentulah Petronas tidak boleh dipersalahkan oleh sesiapa kerana syarikat itu juga mempunyai keperluan membuat keuntungannya dan menjaga rekod kewangan mereka tanpa perlu membazir keuntungan kepada syarikat lain yang mahu untung dengan cara mudah.

Apa yang penting ialah, keseluruhan pertumbuhan ekonomi harus dipacu untuk membolehkan masyarakat peniaga, syarikat, pekerja dan rakyat umumnya dapat berdikari dan memperolehi pendapatan yang selayaknya. Mencurahkan dana besar kepada rakyat tanpa pertumbuhan ekonomi yang rancak akan hanya kembali mencerut leher rakyat.

Apabila kantung kering, beban kewangan dan hutang kerajaan meningkat, akhirnya rakyat juga yang terpaksa menanggung kesulitan. Elit penguasa termasuk PM tidak akan terjejas kehidupan harian mereka.

Atas kesedaran itu, Kerajaan Pakatan Rakyat di negeri-negeri bertungkus-lumus untuk memperbaiki rekod kewangan yang cukup buruk yang ditinggalkan di era Umno-BN dahulu. Misalnya di Selangor, kepimpinan Tan Sri Khalid Ibrahim mengesan kebocoran sehingga RM500 juta di Yayasan Selangor ketika Umno-BN mentadbir negeri itu.

Wang yayasan yang ditubuh untuk kepentingan pendidikan anak Selangor ternyata tidak ditadbir dengan amanah. Begitu juga kepentingan petani di Selangor yang dikhianati apabila sebuah anak syarikat Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) mengalami kerugian sehingga RM11 juta daripada pinjaman kerajaan persekutuan sejumlah lebih RM90 juta daripada tahun 2005 dan 2006. Tanah milik PKPS di Miri juga digadai dengan harga murah lima tahun lalu sehingga PKPS mengalami kerugian sehingga RM20 juta.

Bila diberi 500 ringgit, rakyat ambil; apabila diberi baucer buku, rakyat ambil; apabila ada kenaikkan gaji, rakyat tepuk tangan… tetapi itu tak bermakna rakyat akan kembali menyokong kerajaan yang ada. Betapa mulai disedari bahawa memberi sekali lagi peluang kepada Umno-BN akan hanya mengundang derita dan beban hidup berganda selepas PRU nanti. Hanya lima tahun lagilah Najib akan kembali menabur wang tunai sepertinya maharaja dulukala yang menabur sedekah kepada orang miskin daripada atas kereta kuda.

Perihal wanazizahblog

President of Parti keADILan
This entry was posted in Dari Meja Presiden. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s