Perutusan Hari Raya Eidulfitri 1433 Hijrah

Perutusan Eidul Fitri 1433 Hijrah  

Allahu Akbar! Allahu Akbar! Allahu Akbar! Walillahilhamd… 

Begitulah syahdunya seruan takbir dan tahmid di pagi 1 Syawal. Pastinya perasaan syukur ke hadrat Ilahi itu memuncak di kala kita semua bergembira menyambut kedatangan Syawal. Tidak lupa selawat dan salam ke atas junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W.    

Dikesempatan ini jua, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Eidulfitri kepada seluruh umat Islam di Malaysia yang tercinta. Semoga kehadiran Syawal terus memperkukuhkan perjuangan kita mempertahankan hak dan keadilan rakyat.

Ramadhan yang baru berlalu, sesungguhnya telah menunjukkan kita kembali arah fitrah kehidupan manusia yang sangat memerlukan kesabaran dan ketabahan. Bahkan Ramadhan jugalah mendidik kita untuk menjadi seorang muslim yang bersungguh sungguh mencari keredhaan Illahi.   

Dalam kita menyambut kegembiraan Syawal, marilah kita bersama-sama berdoa akan keselamatan saudara kita yang kini berdepan dengan tekanan dan kezaliman daripada mereka yang tidak punyai nilai kemanusian. Doakanlah keselamatan dan kesihatan saudara kita di Rohingya, Syria, Palestin dan juga seluruh umat Islam di merata dunia yang sering ditindas.   

Tidak lupa kepada rakyat Malaysia juga yang terbeban dengan harga barang yang mahal, keselamatan awam terutamanya ibu-ibu dan kaum wanita yang menjadi mangsa jenayah ragut, rogol, bakar dan bunuh. Semoga Syawal ini kita semua bersama-sama menjaga keselamatan diri dan keluarga, Insya Allah.   

Akhir kalam, dari saya dan seluruh kepimpinanan serta ahli KEADILAN, kami ucapkan Selamat Hari Raya Eidulfitri Maaf Zahir dan Batin. Semoga Syawal ini diberkati Allah. Kepada yang akan pulang ke kampung halaman, pastikan kenderaan diperiksa sempurna. Pandulah dengan sabar dan berhemah agar kegembiraan Syawal disambut dengan keluarga tercinta.   

Selamat Hari Raya Eidulfitri
Maaf zahir dan batin.

Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Presiden
Parti Keadilan Rakyat

About wanazizahblog

President of Parti keADILan
This entry was posted in Antarabangsa, Dari Meja Presiden, KEADILAN, Kenyataan Media, Pakatan Rakyat, Politik, Sosial. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s