Kenyataan Media : Belanjawan Pakatan Rakyat memberdayakan wanita.

Kenyataan Media Presiden KEADILAN, Dato’ Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Isu-isu Wanita adalah luas dan pelbagai. Wanita membentuk separuh daripada penduduk Malaysia, tetapi penglibatan  wanita di sektor pekerjaan dan politik, adalah masih terhad. Pada hari ini, saya ingin melahirkan suara hati, sebagai seorang wanita yang pernah bekerja sebagai doktor pakar mata di hospital kerajaan selama 15 tahun. Saya juga ingin berbicara sebagai seorang muslimah dan ibu kepada 6 orang anak; saya bersyukur walaupun ayah mereka, Anwar Ibrahim dimasukkan ke dalam penjara dengan zalim, semua anak-anak kami boleh dikatakan berjaya mendapati pendidikan tinggi dan kini mempunyai kehidupan produktif dan gembira. Saya juga ingin berkata sebagai seorang nenek yang sudah mempunyai tiga orang cucu dan juga sebagai seorang ahli politik. Dengan pengalaman yang pelbagai inilah maka saya ingin membicarakan tentang isu-isu wanita.

Wanita Pakatan Rakyat yang diketuai bersama oleh YB Hajah Zuraidah daripada KEADILAN, YB Chong Eng daripada DAP dan YB Hajah Siti Zailah daripada PAS telah berjaya menerbitkan satu polisi yang dipanggil “Agenda Wanita Malaysia”. Dokumen ini mempunyai 7 teras yang komprehensif untuk meningkatkan dan memberdayakan Wanita: dasar pendidikan yang lebih baik, kelangsungan kesihatan dan kualiti hidup, penglibatan dan peluang ekonomi, kesejahteraan sosial, pendemokrasian politik, penguatkuasaan undang-undang daripada diskriminasi dan memupuk agenda Wanita muda. Kesemua dasar-dasar yang tersebut diatas ada terkandung di dalam Belanjawan Pakatan Rakyat kami.

Saya ingin membuat perbandingan diantara Belanjawan Pakatan Rakyat dengan belanjawan BN UMNO dan akan menjelaskan dua polisi kami iaitu :-

• Caruman Wanita Nasional; dan

• Elaun Penjagaan Anak.

Caruman Wanita Nasional adalah satu skim jaringan keselamatan sosial bagi Wanita suri rumah. Ideanya adalah seperti berikut; sekiranya suami meninggal dunia, menjadi kurang upaya atau menceraikan isteri, suri rumah akan mempunyai simpanan wang untuk menangani sebarang kemunkginan yang boleh terjadi. Kerajaan Pakatan Rakyat bercadang untuk memberikan caruman sebanyak RM600 setahun kepada setiap suri rumah, dan akan memastikan dan menggalakkan suami menyumbang sejumlah wang sebanyak RM120 ke RM1,200 setahun kepada caruman yang sama. Sasaran skim ini adalah untuk memastikan seorang suri rumah mempunyai sekurang-kurangnya simpanan sebanyak RM30, 000 ketika usia 50 tahun. Kami menjangkakan terdapat 5 juta suri rumah yang bakal menyertai skim ini dan ianya akan menelan belanja kira-kira RM3 bilion setahun. Walaupun skim ini adalah berdasarkan kepada prinsip kebajikan, sasaran ekonominya adalah untuk menggalakkan simpanan peribadi. Skim ini adalah merupakan salah satu program kita untuk meningkatkan pendapatan isi rumah (disposable income).

Skim Elaun Penjagaan Anak diperkenalkan untuk menolong wanita miskin yang bekerja dimana pendapatan isi rumah yang kurang daripada RM1, 000 sebulan. Bagi setiap kanak-kanak di bawah umur 12 tahun, kita akan menyediakan dana jagaan kanak-kanak sokongan sebanyak RM1, 000 setahun. Sokongan ini berhasrat membantu ibu yang bekerja untuk membayar yuran pengasuh menjaga anaknya ketika ibu sedang berkerja.

Kini terdapat kira-kira 470,000 isi rumah miskin yang layak untuk skim ini dan pada kadar purata 2 orang kanak-kanak di bawah umur 12 tahun bagi setiap isi rumah, skim ini akan menelan belanja kira-kira RM940 juta setahun. Walaupun mahal, skim ini mempunyai sasaran ekonomi untuk membebaskan lebih ramai Wanita untuk menyertai tenaga kerja.

Kesimpulannya; kedua-dua projek memberdayakan Wanita tersebut akan menelan belanja RM3.94 bilion setahun. Pada keseluruhannya, Pakatan Rakyat berhasrat untuk membelanjakan sehingga RM4.5 bilion setahun untuk kesemua program wanita, ini merupakan 10 kali ganda lebih daripada apa yang ditawarkan oleh UMNO BN.

Dato Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail,

Presiden,

Parti Keadilan Rakyat

 ——————————————————————————————- 

Press statement , Dato’ Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, President.

Women’s issues are wide and varied. Women make up half of the population, and yet we are under-represented in the workforce and in politics. I speak as one who was a working woman, an eye doctor in government hospitals for 16 years while juggling further studies and motherhood. I also speak as a muslimah and a mother of 6 children. Thankfully all my children were blessed with the opportunity for higher education and they are leading happy and productive lives now, despite the dark days when their father was jailed. I also speak as a grandmother of three grandchildren. Today, I also address all of you, as a politician. Thus, it is with this wide and varied experience and understanding that I wish to discuss with you, the key matter of women’s issues.

As you may know, the women of Pakatan Rakyat are led by YB Hajah Zuraida from PKR, YB Chong Eng from DAP and YB  Hajah Siti Zailah of PAS. They have put together a policy document, called “The Malaysian Women’s Agenda”. This document calls for seven comprehensive thrusts to uplift and empower women: the need for better education, better health and quality of life, economic equity, social safety net, political participation, comprehensive legal protection from discrimination and nurturing young women. Spending plans to implement these policies are contained in our Pakatan Rakyat Budget.

I wish to highlight, as a contrast to UMNO BN’s miserly budget, our two most critical policies:

  • Caruman Wanita Nasional (National Contributions Fund for Women); and
  • Childcare Allowance.

We propose the Caruman Wanita Nasional as a social safety net scheme for women who are homemakers. The idea is simple; in the event the husband dies, becomes disabled or divorces his wife, the woman homemaker will have some financial savings to fall back on. A Pakatan Rakyat government will provide a yearly payment of RM600 to homemakers, whilst ensuring the husband also contributes a sum ranging from RM120 to RM1,200 per year. The scheme’s target is to ensure that a homemaker will have at least a savings of RM30,000 at age 50. We expect 5 million homemakers to participate in the scheme and it will cost about RM3 billion a year. This policy is not just based on compassionate grounds, but on real life problems faced by homemakers. Homemakers tend to have little to no income, so they almost have no savings of their own. It is also designed to encourage personal savings, and it is part of our broader policy to increase disposable income of households.

The Childcare Allowance scheme is designed for working women of poor households earning less than RM1,000 a month. For every child below the age of 12, we will provide a childcare support fund of RM1,000 a year per child. This will go some way toward helping the working mother pay for a baby sitter for her child, whilst she works. There are currently about 470,000 poor households that will qualify for this and at an average headcount of 2 children per household being below 12, this program will cost about RM940 million. This is not a handout policy but it is an economic instrument to enable more women to join the workforce.

In conclusion, our two projects for empowering women call for spending of RM3.94 billion. All in, we intend to spend up to RM4.5 billion a year on programs for women. This is 10 times more than UMNO BN’s spending plans for women.

Dato’ Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail

President Parti Keadilan Rakyat

About wanazizahblog

President of Parti keADILan
This entry was posted in Demokrasi, Ekonomi, KEADILAN, Kenyataan Media, Pakatan Rakyat, Politik, Sosial. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s