Tidak Pertahankan Hak Wanita, Najib Perlu Lepas Jawatan [Selangorku]

SHAH ALAM 3 OKT : Datuk Seri Najib Razak disaran melepaskan jawatan sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat kerana gagal memberi kesaksamaan terhadap hak wanita di negara ini.

Exco Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar, Elizabeth Wong dalam satu kenyataan berkata Najib tidak memahami perjuangan wanita berkenaan kesaksamaan gender terutama dalam usaha menempatkan diri di perkhidmatan awam dan sektor korporat.

Menurutnya, wanita di Malaysia masih ketinggalan jauh baik dari sudut pembangunan mahupun pentadbiran di mana dianggarkan kurang 10 peratus daripada mereka terlibat dalam sektor politik (Parlimen dan Dewan Undangan Negeri).

“Tidak cuba memahami kehendak wanita di negara ini, Najib sebaliknya membandingkan kebebasan hak wanita di Malaysia dengan sebuah kelab elit di Amerika Syarikat yang terhad untuk kaum hawa,” katanya.

Elizabeth berkata demikian sebagai respon kepada kenyataan Najib yang menolak penubuhan pergerakan menuntut hak wanita kerana dakwanya kesaksamaan itu telah diberikan sejak awal lagi.

Najib dalam ucapannya ketika sambutan Hari Wanita Kebangsaan ke-50 hari ini turut berkata, Malaysia lebih ke hadapan berbanding negara membangun lain dengan memberi contoh kepada keahlian kelab di Amerika Syarikat.

Tambah Elizabeth, pengurangan peruntukan kepada Kementerian Pembangunan Wanita dan Masyarakat melalui pengumuman Bajet 2013 baru-baru ini juga membuktikan Najib tidak prihatin terhadap golongan itu.

Berbeza dengan Pakatan Rakyat (PR), Elizabeth berkata sejumlah RM4.5 bilion diperuntukkan melalui bajet alternatif sekiranya PR berjaya menawan Putrajaya kelak.

“Pada tahun 2010, Kerajaan memperuntukkan sejumlah RM2.4 bilion dalam peruntukan bajet yang kemudiannya dikurangkan kepada RM2 bilion, sebelum diturunkan lagi kepada RM1.9 bilion pada 2012.

Bagi Bajet 2013, hanya RM1.8 bilion diperuntukkan untuk pembangunan wanita. Ini jelas membuktikan bahawa Perdana Menteri tidak peka terhadap soal wanita. Sebab itu beliau perlu melepaskan jawatannya,” katanya lagi.

About wanazizahblog

President of Parti keADILan
This entry was posted in KEADILAN, Kenyataan Media, Politik, Sosial. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s