Perutusan Maal Hijrah 1434H

Image

 “SEMARAKKAN REFORMASI DEMI KEADILAN” 

Dalam kesempatan ini, saya serta seluruh kepimpinan dan ahli KEADILAN mengucapkan Selamat Menyambut Maal Hijrah 1434. Marilah bersama kita hayati makna hijrah itu agar dapat kita terjemahkan dalam kehidupan yang sedang berjuang membela keadilan. Sama ada kita sedar ataupun tidak,masa berlalu begitu pantas membawa peredaran zaman, perubahan dan perkembangan Islam diserata dunia. Kini Islam sudah bertapak di hampir setiap pelusuk dunia. Inilah tanda buktinya kebesaran Ilahi dan kebenaran ayat  “Dan Kami tidak mengutusmu kecuali sebagai rahmat bagi alam semesta. [Al-Anbiya:107]

Pastinya, kita semua dan anak-anak muda khususnya, sambutan tahun baharu ini akan diiringi dengan keazaman untuk menganjakkan diri kearah kebaikkan, kejayaan dan kebahagian. Namun dalam kita berdepan dengan gelombang perubahan, banyak faktor yang perlu difahami dan dikuasai. Terutamanya sudut pendidikan, moral dan kemasyarakatan. Bahkan kesedaran politik juga memainkan peranan untuk memastikan pentadbiran beramanah, telus dan mengutamakan hak rakyat. Oleh yang demikian, kita semua mesti bersedia dengan semangat Maal Hijrah ini agar sentiasa bersedia dan tekad dalam perjuangan.

Tidak boleh dinafikan lagi bahawa,negara kita sekarang berdepan dengan krisis kepincangan dalam pentadbiran, keselamatan awam yang membimbangkan, halangan dalam kebebasan bersuara, struktur pendidikan dan kesihatan yang mementingkan keuntungan dan beberapa lagi isu yang melibatkan kepentingan rakyat secara terus. Lihat sahaja peristiwa baru-baru ini apabila ada kakitangan unit keselamatan yang terlibat dalam jenayah rogol di Pulau Pinang dan ini sungguh memalukan. Bukan itu sahaja, malah mereka yang gah bersuara kononnya pertahanhkan hak melayu dan Islam hanya diam membisu apabila ada dikalangan mereka yang memperlekehkan hukum Islam.

Marilah kita semua, rakyat Malaysia kita berkerjasama menjaga keamanan dan kestabilan ekonomi serta politik. Jangan kita biarkan mereka-mereka yang menzalimi hak rakyat terus diberikan mandat memerintah yang akhirnya rakyat khususnya terkesan dengan bebanan hidup.

Justeru, sempena ketibaan tahun baharu Hijrah ini,bersamalah kita memaknai semangat hijrah untuk kita semarakkan reformasi rakyat demi memartabatkan keadilan.

Salam Maal Hijrah

Dr Wan Azizah Wan Ismail

Presiden

Parti Keadilan Rakyat

This entry was posted in Demokrasi, KEADILAN, Pakatan Rakyat, Politik, Sosial. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s